Belia Hitler

Belia Hitler atau Pemuda Hitler (Jerman:  Hitlerjugend (bantuan·maklumat), kerap disingkatkan sebagai HJ dalam bahasa Jerman) adalah pertubuhan belia Parti Nazi di Jerman. Asal usulnya boleh dijejak sehingga tahun 1922. Dari tahun 1933 hingga 1945, ia merupakan satu-satunya organisasi rasmi belia di Jerman dan sebahagiannya adalah organisasi separa tentera; Hitlerjugend sesuai ditubuhkan untuk remaja lelaki berusia 14 tahun hingga 18 tahun, Deutsches Jungvolk (Anak-Anak Muda Jerman) untuk kanak-kanak lelaki, dan Liga Gadis Jerman untuk remaja perempuan.Dengan penyerahan kalah Nazi Jerman pada tahun 1945, pertubuhan de facto tersebut tidak lagi wujud. Pada 10 Oktober 1945, ia telah diharamkan oleh Majlis Kawalan Bersekutu bersama-sama dengan organisasi Parti Nazi yang lain. Dibawah Seksyen 86 Kanun Jenayah Jerman, Belia Hitler menjadi "organisasi tidak mengikut perlembagaan" dan penyebaran atau penggunaan simbolnya pada khalayak ramai, kecuali untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan, adalah tidak dibenarkan.